Share it

Saturday, 21 July 2012

Hazrat Abu Hurairah r.a Menceritakan Keadaan Beliau Semasa Kelaparan

Hazrat Abu Hurairah r.a berkata, "Sekiranya kamu melihat keadaan kami dahulu, sebahagian daripada kami tidak mempunyai makanan buat beberapa waktu walaupun hanya untuk menegakkan tulang belakang. Disebabkan kelaparan, kadang-kadang saya menekan dada ke bumi dan kadang-kadang saya meniarap dengan meletakkan segala kekuatan ke perut dan kadang-kadang saya mengikat batu pada perut."
Pada suatu hari saya duduk di jalan yang biasa dilalui oleh para sahabat yang besar. Hazrat Abu Bakar r.a telah lalu. saya mula bertanya sesuatu kepada beliau dengan harapan beliau akan terus melayan percakapan saya dan terus membawa saya ke rumah. Kemudian seperti biasa beliau akan melayan saya dengan menghidangkan apa-apa makanan yang ada di dalam rumah. Namun demikian, beliau tidak melakukan seperti itu (mungkin kerana tidak terlintas di hati beliau atau kerana telah diketahui keadaan di rumahnya juga yang tidak mempunyai apa-apa).
Selepas itu Hazrat 'Umar r.a pula yang lalu. Bersama beliau pun keadaan yang sama telah berlaku. Kemudian Rasulullah s.a.w yang lalu. Melihatkan saya, Baginda s.a.w pun tersenyum. Baginda s.a.w telah memahami keadaan dan tujuan saya. Baginda s.a.w berkata, "Abu Hurairah, ikutlah bersama saya."

Lalu saya pun terus bersama Baginda s.a.w. Baginda telah pulang ke rumah. Di dalam rumah terdapat satu mangkuk susu yang telah dihantarkan kepada Baginda s.a.w. Baginda bertanya. "Dari manakah susu ini?"

Telah dijawab, "Dari tempat sekian untuk Rasulullah sebagai hadiah."

Kemudian Baginda s.a.w bersabda, "Abu Hurairah, pergilah panggil ahlussuffah dan bawa mereka ke mari."

Ahlussuffah dikira sebagai tetamu Islam. Mereka ialah orang-orang yang tidak mempunyai rumah dan tidak mempunyai tempat tinggal dan tidak ada pengurusan makanan yang tetap untuk mereka. Bilangan mereka tidak menentu mengikut masa. Namun, pada masa kisah ini berlaku jumlah mereka ialah tujuh puluh orang. Menjadi kebiasaaan Rasulullah s.a.w juga bahawa mereka dipasangkan berdua-dua atau berempat-empat dan dijadikan tetamu kepada para sahabat yang agak kaya. Sekiranya terdapat pemberian sedekah dari mana-mana maka akan dihantar kepada mereka tetapi Baginda s.a.w sendiri tidak akan menyertai mereka. Sekiranya terdapat pemberian hadiah dari mana-mana maka Rasulullah sendiri akan bersama mereka.

Rasulullah s.a.w telah memerintah agar memanggil mereka. Hati saya terasa berat memikirkan jumlah susu itu. Banyak mana sangat untuk membolehkan saya menjemput mereka semua. Bagaimana mungkin untuk setiap orang? Sedangkan susu itu tidak mencukupi untuk satu orang pun. Selepas mereka dijemput, sayalah yang akan diperintahkan untuk memberi mereka minum. Oleh kerana itu, saya akan menjadi orang terakhir minum dan sudah tentu susu itu tidak akan tinggal sedikit pun. Namun demikian, apakah ada jalan lain selain mentaati Nabi s.a.w?

Saya telah pergi dan menjemput kesemua mereka. Rasulullah s.a.w bersabda, "Nah ambil, berilah mereka minum."

Saya mengambil mangkuk itu dan menyerahkan kepada seorang demi seorang daripada mereka dan setiap orang akan minum sepuas-puasnya kemudian barulah dikembalikan mangkuk itu kepada saya. Demikianlah saya telah memberi minum kepada mereka semua dan kesemua mereka telah minum dengan puas.

Kemudian Rasulullah mengambil mangkuk tadi lalu memegang mangkuk itu dengan tangan Baginda sambil memandang kepada saya dengan tersenyum. Baginda s.a.w berkata, "Sekarang hanya tinggal kamu dan saya sahaja."

Saya menjawab, "Begitulah."

Baginda mengarahkan, "Ambil dan minumlah." Saya pun mula minum. Baginda s.a.w mengarah lagi, "Minumlah lagi." Saya pun minum lagi. Akhirnya saya berkata kepada Baginda "Sekarang saya tidak boleh minum lagi." Selepas itu Rasulullah menghabiskan susu yang masih tinggal
itu.

Ikramah bin Abu Jahal

Ikramah merupakan seorang pemuda Quraisy yang gagah berani. Beliau lahir dari keturunan bangsawan Quraisy. Sangat dihormati dan dipandang mulia oleh penduduk Mekah pada masa itu. Beliau juga merupakan seorang penungang kuda yang sangat mahir.
Sebelum masuk Islam
Ikramah menolak dakwah Islam kerana terpengaruh dengan sikap ayahnya, Abu Jahal yang menentang Islam. Dek dorongan yang kuat dari ayahnya itu, beliau juga sangat memusuhi Rasulullah SAW dan menyeksa umat Islam yang lain.
Perang Badar menyaksikan Ikramah menjadi sayap kanan kepada ayahnya. Namun, Abu Jahal terbunuh dalam peperangan tersebut. Tambah malang lagi ia disaksikan sendiri oleh Ikramah. Namun ia tidak mampu berbuat apa-apa kerana mahu menyelamatkan diri sendiri.
Permusuhan Islam Semakin Memuncak
Sejak kematian ayahnya itu, kebenciannya pada Islam semakin menebal. Kali ini bukan kerana benci terhadap Islam, tetapi kerana mahu membalas kematian ayahnya itu. Dalam beberapa peperangan melawan kaum muslimin, beliau antara yang berada dibarisan hadapan.
Perang Uhud menyaksikan Ikramah menjadi sayap kiri pasukan Quraisy manakala Khalid al-Walid menjadi sayap kanan memimpin pasukan berkuda. Kedua panglima ini gagah memecah belahkan tentera Islam.
Perang Khandak menyaksikan beliau antara yang semangat ingin memecah banteng pertahanan tentera Islam Madinah pada masa itu. Setiap hari beliau berpusing sekitar parit untuk mencari jalan hendak menembusi Madinah.
Ketika pembukaan kota Mekah berlangsung, Ikramah mengambil keputusan melawan tentera Islam yang hendak masuk ke Mekah. Ikramah mengumpulkan pengikutnya untuk menyerbu tentera Islam yang masuk ke Mekah.
Namun, ia sangat terkejut melihat Khalid al-Walid yang menyerbunya ketika itu. Namun, beliau tetap tekad melawan Islam. Akhirnya tenteranya tewas. Ikramah sempat melarikan diri dari dibunuh.
Beliau merasa sangat menyesal pada masa itu. Mekah tidak lagi aman baginya. Beliau akhirnya menuju ke Yaman.
Isteri Solehah
Ummu Hakim, isteri Ikramah sangat bimbang akan keadaan suaminya. Beliau kemudian mendapat tahu suaminya di Yaman. Beliau ditemani pembantunya, seorang yang berbangsa Rom, untuk menemaninya sampai ke Yaman
Namun, dalam perjalanan, pembantunya itu merayunya berbuat maksiat. Tetapi Ummu Hakim sangat setia pada suaminya itu. Selain itu, dia dapat menanganinya dengan bijaksana. Dia memberi harapan dengan melewat-lewat masa sambil meneruskan perjalanan.
Sesampai sahaja di sebuah perkampungan Arab, Ikramah segera meminta tolong kepada penduduk disitu dan menyatakan niat jahat pembantunya itu. Pembantunya itu akhirnya ditangkap. Dapatlah Ummu Hakim meneruskan perjalanannya dengan aman.
Pertemuan Cinta Suci
Akhirnya Ummu Hakim bertemu dengan suaminya di Pantai Laut Merah. Mereka berpeluk kegembiraan. Ummu Hakim meminta suaminya untuk pulang bersamanya ke Mekah. Sambil menyatakan Rasulullah sudah mengampunkan kesalahannya itu.
Ikramah dengan senang hati mengikut isterinya pulang ke Mekah. Dalam perjalanan pulang, Ummu Hakim menceritakan perihal pembantunya kepada Ikramah. Mereka kemudian singgah di perkampungan Arab tersebut.
Disebabkan terlalu marah dengan pembantunya itu, Ikramah mengambil keputusan membunuh pembantunya itu. Mereka seterusnya meneruskan perjalanan ke Mekah.
Mengucap Kalimah Syahadah
Ketibaan Ikramah dan isterinya disambut oleh Rasulullah dan para sahabat. Mereka seolah-olah sudah menduga kedatangan Ikramah ke Mekah. Baginda Rasulullah gembira dengan kedatangan Ikramah tersebut.
Lantas, dihadapan baginda, Ikramah mengucap dua kalimah syahadah. Ikramah berjanji akan mengubah perangainya dan bersedia membela Islam dengan tangannya. Ikramah mahu bertaubat dan menebus kesilapannya yang dulu.
Pahlawan Islam yang Berani
Ternyata Ikramah menepati kata-katanya itu. Kalau dahulu hidup dan matinya melawan Islam, kini beliau berjuang berhabis-habisan mempertahankan kalimah tauhid Islam.
Perang Yarmuk menyaksikan tentera Islam diserang bertubi-tubi oleh tentera Rom. Ikramah kemudian mara kehadapan menyerang tentera Rom yang sedang menggila. Beliau menghalau pasukan musuh yang sedang mara kehadapan.
Akhirnya, beliau gugur terkorban dalam peperangan tersebut. Meskipun sedemikian, tentera Islam berjaya mendapat kemenangan yang gemilang.

Salman Al-Farisi Pemimpin Yang Rendah Diri

Salman Al-Farisi tergolong sebagai salah seorang sahabat Rasulullah saw. Beliau berasal dari negeri Parsi. Pernah di masa hidupnya, Salman telah diberi jawatan sebagai Gabenor di salah sebuah jajahan takluk Islam. Namun demikian kedudukannya itu tidak sedikit pun mengubah keperibadiannya yang penyantun, rendah diri, serta zuhud terhadap kemewahan dunia. Pada suatu hari, diriwayatkan seorang rakyat awam tanpa mengenali Salman terus menariknya secara kasar lalu menyuruhnya melakukan suatu kerja yang berat. Orang itu menjumpai Salman ketika berada di tepi jalan. Ia mempunyai sebuah karung besar lalu menyuruh Salman memikulnya sampai ke rumah.
Tanpa banyak soal Salman terus memikulnya. Di pertengahan jalan, seorang lelaki telah memberi salam kepadanya. Alangkah terkejutnya melihat Salman memikul karung. Lalu berkata: "Wahai tuan! Tahukah tuan bahawa orang yang memikul karung tuan itu adalah Salman Al-Farisi, Amir negeri kita ini." Terkejut lelaki itu mendengarnya, apabila dikenangkan orang yang dikasarinya itu adalah gabenornya sendiri. Lantas dia meminta maaf lalu menyuruh Salman menurunkan karung yang sedang dipikulnya itu. Tetapi Salman menjawab: "Oh tidak mengapa tuan. Biarlah saya memikul barang tuan ini hingga sampai ke rumah tuan". Demikianlah ketinggian budi pekerti Salman Al-Farisi, salah seorang sahabat Rasulullh saw. yang tidak mementingkan darjat kedudukan.

Saiyidina Hassan dan Pemuda Badwi

Saiyidina Hassan bin Ali r.a., adalah seorang tokoh Islam yang sangat dicintai oleh umat Islam. Sebagai seorang cucu Rasulullh saw. beliau adalah ibarat permata di zaman hidupnya kerana memiliki budi pekerti yang mulia dan terpuji.
Pada suatu hari sedang Saiyidina Hassan duduk di muka pintu rumahnya, tiba-tiba datang seorang pemuda badwi, lalu mencacinya dan juga kedua ibu bapanya. Anehnya, Saiyidina Hassan hanya mendengar sahaja tanpa sedikit pun berubah air mukanya, atau membalas kata-katanya itu.
Saiyidina Hassan berkata kepada orang itu: "Wahai badwi, adakah engkau lapar atau dahaga? atau adakah sesuatu yang merungsingkan hati engkau?." Tanpa mempedulikan kata-kata Saiyidina Hassan, badwi itu terus memaki hamunnya.Oleh itu Saiyidina Hassan pun menyuruh pembantu rumahnya membawa uncang yang berisi wang perak lantas diberikannya kepada badwi itu dan berkata: "Wahai badwi, maafkanlah saya. Inilah sahaja yang saya miliki. Jika ada yang lebih tidak akan saya sembunyikannya dari padamu."
Sikap dan layanan Saiyidina Hassan itu akhirnya berjaya melembutkan hati badwi tersebut. Badwi itu menangis teresak-esak lantas sujud di kaki Saiyidina Hassan dan berkata: "Wahai cucu baginda Rasulullah saw. maafkanlah aku kerana berlaku kasar terhadapmu. Sebenarnya aku sengaja melakukan begini untuk menguji kebaikan budi pekertimu sebagai cucu baginda Rasulullh saw. yang aku kasihi. Sekarang yakinlah aku bahawa engkau mempunyai budi pekerti yang mulia sekali."

Asma' Binti Umais Muslimah Pilihan

Ibn Katsir menulis di dalam kitabnya Bidayah wan Nahiyah beliau ialah Asma binti Umais bin Maadd bin Tamin al Khatsamiyyah adalah isteri Khalifah Abu Bakar ra yang sebelumnya diperisterikan oleh Jafar bin Abi Talib.
Dari perkahwinan dengan Jafar bin Abi Talib beliau melahirkan tiga putra yakni Abdullah, Muhammad dan Aunan.[ kitab Nisaa’ Haular Rasuul, karya Mahmud Mahdi al-Istanbuli dan Musthafa Abu an-Nashr asy-Syalabi ]
Perkahwinan dengan Abu Bakar ra beliau melahirkan Muhammad bin Abu Bakar ra. Apabila Asma berkahwin dengan Ali ra, maka Muhammad bin Abu Bakar menjadi anak tiri atau anak angkat kepada Ali ra.
Setelah Abu Bakar ra meninggal dunia beliau berkahwin pula dengan Ali bin Abi Talib , adek suaminya yang pertama.[Sejarah Hidup Imam Ali bin Abi Thalib r.a.Oleh H.M.H. Al Hamid Al Husaini] Beliau adalah isteri ke enam bagi Ali ra.
Perkhwinan dengan Ali melahirkan Yahya dan Muhammad al Ashgar.Ibn Katsir mengambil riwayat ini dari Ibnul Kalbi. Bagaimanapun Ibn Katsir mengatakan al Waqidi mengatakan “ Beliau memperoleh dua orang putra darinya, Yahya dan Aun, adapun Muhammad al Ashghar berasal dari ummul walad[Ummul walad adalah hamba wanita]. Dalam hal ini kita dapati ada perselisihan pendapat penulis sejarah.
FITNAH PERIHAL RENGGANGNYA KELUARGA ABU BAKAR RA. DENGAN KELUARGA ALI RA.
Suatu yang istimewa dengan Asma binti Umais, beliau adalah sahabat terdekat Sitti Fatimah r.a. Asma inilah yang mendampingi Fatimah r.a. dengan setia dan melayaninya dengan penuh kasih-sayang semasa sakit hingga detik-detik terakhir hayatnya.[Sejarah Hidup Imam Ali bin Abi Thalib r.a.Oleh H.M.H. Al Hamid Al Husaini]
Kalau demikian rapat hubungan Asma ra dengan Fatimah ra bermakna rapat jugalah hubungan dengan Abu Bakar ra , kerana masa itu Asma adalah isteri Khalifah Abu Bakar. Perlu diingat Fatimah ra meninggal dunia enam bulan selepas Rasullah saw meninggal dunia. Jadi bagaimana boleh timbul fitnah kerengangan hubungan Fatimah ra dan Ali ra dengan Abu Bakar ra.? Dikatakan berita kewafatan Fatimah ra. telah dirahsiakan dari pengetahuan Abu Bakar ra.
Rumah Fatimah r.a @ Ali r.a hanya ditepi masjid Nabawi, dan ABu Bakar adalh Imamnya – mungkinkah kematian Fatimah r.a menjadi rahsia? Asma bt Umais r.a yang menguruskan jenazah Fatimah r.a adalah sahabat baik Fatimah r.a adalah isteri Abu Bakar r.a!
HIJRAH ASMA’ KE MADINAH
PERJALANAN dari Habsyah ke Madinah terasa begitu lama. Rindu pada insan mulia, anak saudara suaminya sendiri, membuak-buak di hatinya. Meskipun hidup di Habsyah aman dan tenang di bawah pemerintahan Najasyi yang adil serta terhindar daripada gangguan kafir Quraisy, hatinya tetap rindu bagi bersama insan mulia dalam menegakkan agama Islam.
"Jauh lagikah? Saya tidak sabar tiba di Madinah. Inilah yang saya harapkan sekian lama;' kata Asma' binti Umais pada suaminya, Jaafar bin Abi Talib yang mengetuai penghijrahan kaum Muslimin ke Habsyah.
"Insya-Allah tidak lama lagi;' jawab J aafar lirih.
Jaafar memandang ketiga-tiga anaknya yang dilahirkan di Habsyah iaitu Muhammad, Abdullah dan Aun. Mereka masih kecil dan belum mengerti apakah yang sedang bergolak di hati ibu dan ayah mereka. Mereka belum tahu erti perjuangan menegakkan agama Islam.
Namun, di bawah didikan Rasulullah nanti, Jaafar mahu melihat mereka membesar menjadi pejuang-pejuang agama yang memiliki iman yang kental.
Jaafar kemudian menoleh pada isterinya. "Tidak sedihkah meninggalkan anak susuanmu Abdullah?" Jaafar cuba menduga hati Asma'.
Asma' termenung mendengar pertanyaan suaminya itu. Tujuh tahun lamanya dia tinggal di Habsyah sesudah berhijrah ke sana bersama segelintir kaum Muslimin yang lain demi menyelamatkan diri daripada gangguan kafir Quraisy.
Selama tujuh tahun, mereka begitu akrab dengan Najasyi yang begitu baik kepada mereka. Selepas Najasyi masuk Islam di tangan Jaafar, Asma' mendapat tempat yang istimewa dalaM keluarga raja itu.
Ini terbukti apabila Najasyi menamakan puteranya nama yang serupa dengan anaknya, Najasyi meminta Asma' menyusukan puteranya bersama-sama anaknya.
"Abdullah anak susuan saya dan bumi Habsyah tetap saya ingati. Namun, rindu saya pada Rasulullah dan negara Islam Madinah, tidak ada tolak bandingnya;' jawab Asma'.
Jaafar terangguk-angguk mendengar kata-kata isterinya. "Saya mendapat khabar Rasulullah sedang menunggu kepulangan kita. Beliau juga begitu merindui kita semua kata Jaafar.
Selepas menempuh perjalanan yang lama, akhimya rombongan mereka tiba di Madinah. Ketika itu, kaum Muslimin sedang meraikan kemenangan mereka mengalahkan kafir Quraisy dalam perang Khaibar.
"Allahu akbar! Allahu akbar! Allahu akbar!" Rasulullah dan kaum Muslimin bertakbir memuji kebesaran Allah atas kemenangan mereka itu.
Muslimah Pilihan
Ketika itulah Jaafar dan rombongannya tiba di hadapan Rasulullah.
Sebaik sahaja beliau melihat Jaafar, beliau begitu gembira. Beliau segera memeluk Jaafar dan mencium dahinya.
"Demi Allah, aku tidak tahu mana yang lebih menggembirakan diriku, kedatangan Jaafar atau kemenangan Khaibar kata Rasulullah kepada seluruh hadirin.
Asma' dan Jaafar tinggal di Madinah dengan penuh bahagia di samping menimba ilmu yang berharga daripada Rasulullah.
"Isteriku, saya telah mendapat perintah daripada Rasulullah supaya berangkat ke Syam memerangi tentera Byzantine;' ujar Jaafar kepada Asma' pada suatu hari.
"Siapakah yang memimpin tentera Muslimin?" soal Asma'.
"Zaid bin Harisah. Akan tetapi, sekiranya dia syahid, sayalah yang menggantikan tempatnya jawab Jaafar, "Pergilah suamiku. Semoga Allah memberi kemenangan ke atas kaum Muslimin” kata Asma' kepada suaminya.
Seluruh umat Islam temanti-nanti kepulangan kaum Muslimin. Belum ada khabar berita sama ada kaum Muslim memperoleh kemenangan atau sebaliknya.
Hati Asma' bergetar apabila Rasulullah datang ke rumahnya. Rasulullah mendekati ketiga-tiga anak Asma', lalu mencium mereka dengan , mata berlinangan.
"Wahai Rasulullah, apakah yang membuatkan anda menangis? Adakah anda telah mendapat khabar tentang Jaafar dan sahabat-sahabatnya?" soal Asma'.
"Benar, dia telah gugur syahid hari ini” jawab Rasulullah ringkas.
Mendengar jawapan Rasulullah itu, Asma' tidak dapat menahan rasa sedihnya. Dia menangis teresak-esak di samping anak-anaknya. Namun, dia tetap sabar demi mengharapkan reda Allah .
ASMA’ MENJADI ISTERI ABU BAKAR AS-SIDDIQ
Tidak lama sesudah itu, Asma' berkahwin dengan Abu Bakar as-Siddiq selepas isteri beliau, Ummu Rumaan meninggaI. Asma' terus setia di samping Abu Bakar, sehingga beliau dilantik menjadi khalifah selepas Rasulullah wafat. Asma' juga bersabar ketika menghadapi saat-saat Abu Bakar sakit kuat.
"Asma', apabila aku meninggal dunia, mandikanlah jasadku. Dan bukalah puasamu agar dirimu lebih kuat:” pesan Abu Bakar apabila dia merasakan maut semakin menghampirinya.
"Baiklah:” jawab Asma' sambil matanya tidak lepas memandang suaminya yang berada di ambang sakaratul maut.
Tidak lama kemudian, lnnalillahi wainna ilaihirojiun.
Asma' berasa sedih dengan kematian Abu Bakar. Namun begitu, dia segera menunaikan wasiat Abu Bakar agar memandikan jenazahnya.
Asma' kembali bersendirian membesarkan anak-anaknya. Dia mendidik mereka dengan memohon kepada Allah agar memperbaiki anak-anaknya sehingga mereka akhirnya menjadi imam bagi orang-orang bertakwa.
ASMA’ MENJADI ISTERI ALI BIN ABI TALIB
Sedih yang dialami oleh Asma' segera diubati oleh Ali bin Abi Talib. Beliau datang meminang Asma' selepas Fatimah az-Zahra meninggal.
Ketika Ali bin Abi Talib dilantik sebagai khalifah yang keempat, Asma' turut memikul tanggungjawab sebagai isteri khalifah bagi kaum muslimin dalam menghadapi peristiwa-peristiwa besar.
Demikianlah Asma' binti Umais, wanita yang menjadi pendamping kepada tiga pemimpin besar kaum Muslimin iaitu Jaafar bin Abi Talib, Abu Bakar bin Siddiq dan Ali bin Abi Talib. Semoga Allah merahmatinya.
Asma' amat mencintai ketiga-tiga suaminya. Katanya, "Aku tidak melihat seorang pemuda daripada bangsa Arab yang lebih baik daripada Jaafar, dan aku tidak melihat seorang setengah baya yang lebih baik daripada Abu Bakar, dan Ali tidak kurang kebaikannya dibandingkan kedua-duanya".

Kisah Zinnirah

Kesabaran seseorang muslim dalam mempertahankan aqidah
Islam ketika menghadapi suasana penindasan yang hebat
merupakan contoh kesabaran yang agung. Pegangan aqidah
yang bertunjangkan tauhid kepada Allah menjadi harta
yang tiada ternila bagi setiap muslim. Ia adalah
cahaya yang menyinari hidup insan dan penyelamat dalam  mengharungi sengsara kacau-bilau pada hari pembalasan.
Perkembangan dakwah Rasulullah S.A.W pada peringkat
awal banyak dibantu oleh kesabaran kaum Muslimin dan
muslimat dalam mempertahankan pegangan aqidah mereka.
Sikap inilah yang membuahkan hasil yang amat berharga
dalam sejarah perkembangan Islam hinggalah ke hari
ini. Islam masih kekal dan terus mekar dalam jiwa
setiap umat Islam.

Kisah seorang muslimat sejati bernama Zinnirah adalah
antara contoh terunggul pengorbanan seorang muslimah
demi mempertahankan aqidah yang telah meresap ke dalam
lubuk hatinya. Beliau dipilih oleh Allah untuk
menerima ujian yang cukup getir. beliau menerima
hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah
S.A.W yaitu semasa baginda S.A.W berdakwah secara
sembunyi-sembunyi di kalangan rakan karib baginda.
Dalam sejarah Islam, golongan yang pertama memeluk
Islam inilah yang banyak menerima ujian daripada Allah

Zinnirah adalah seorang wanita berketurunan bangsa

Rom. beliau telah ditawan dan dijual di sebuah pasar
di Mekah. Akihirnya beliau telah dibeli oleh Umar
Al-Khattab untuk dijadikan hamba. Dari segi
fizikalnya, Zinnirah kelihatan seorang yang lemah,
tetapi dari segi spiritualnya beliau mempunyai jiwa
yang cukup kental dan tabah.
Rasulullah S.A.W memulakan dakwahnya secara
sembunyi-sembunyi di kalangan orang-orang tertentu
termasuk golongan bawahan. Antara yang menerima cahya
keimanan ini ialah Zinnirah. beliau telah menerima
dengan sepenuh hati. Pada peringkat awal keislamannya,
Zinnirah melakukan perintah islam secara
sembunyi-sembunyi, takut diketahui tuannya, Umar
Al-Khattab. Beliau bersolat, berzikir, membaca
Al-Quran, berdoa kepada Allah dengan penuh syahdu dan
keinsafan. Semuanya dilakukan secara berhati-hati.

Penderitaan atas Zinnirah ini bermula setelah

tuannya Umar Al-Khattab mengetahui keislamannya. Umar
telah dapat merasakan perubahan yang terjadi dalam
diri hambanya itu. Setelah diselidiki, nyatalah bahwa
hambanya meniggalkan agama nenek moyang dan menerima
ajaran tauhid yang dibawa Nabi Muhammad S.A.W.
Umar Al-Khattab cukup terkenal dengan sikap memusuhi
Rasulullah dan agama Islam sebelum keislamannya.
Beliau selalu mencerca Muhammad S.A.w. Beliau mengancam
sahabat-sahabat yang telah memeluk Islam dengan sikap
berani dan tegasnya itu. Beliau sanggup menanam
anaknya perempuannya hidup-hidup karena malu dipandang
masyarakat. Dengan sifat keberanian inilah yang telah
mendorong Rasulullah S.A.W berdoa agar salah seorang
daripada dua Umar di Mekah supaya memeluk Islam.
Zinnirah menjadi mangsa awal di atas sikap kebencian
Umar Al-Khattab terhadap Islam dan kaum Muslimin.
Maka, teruslah Umar menyiksa Zinnirah
dengan harapan Zinnirah akan kembali kepada agama
asalnya dan meninggalkan Islam. Berbagai siksaan
dikenakan terhadap Zinnirah. Pukulan, gertakan, tendangan
, dijemur di tengah-tengah panas terik adalah
hal biasa dalam kehidupan Zinnirah. Semuanya dihadapi
dengan tenang dan sabar, di samping hati dan jiwanya
bergantung penuh kepada pertolongan Allah S.W.T.

Puncak penyiksaan terhadap Zinnirah ialah ketika

matanya ditusk dengan besi panas. Beliau kehilangan
kedua-dua matanya dan terpaksa mengharungi hidup
dengan penuh kegelapan. Matanya buta, tetapi hati dan
jiwanya penuh dengan cahaya keimanan. Iman menjadi
penyuluh hidupnya dalam kesengsaraan azab dari
tuannya.
"Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan
ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak.
Perjuangan ini memang berat, selalu menderita dan
sengsara karena aku sadar untuk mendapat syurga. aku
terpaksa mengarubgi ujian berat, sedangkan neraka itu
dipagari oleh berbagai kesenangan."
Inilah rintihan
hati Zinnirah kepada Allah S.W.T ketika bermunajat
kepada Allah di setiap malam sebagai penawar jiwa di
atas segala kesusahan yang dia hadapi. Jiwanya semakin
kukuh. Imannya semakin teguh.
Pengorbanan Zinnirah mendapat cercaan kaum musyrikin
Mekah. Berbagai cacian dilemparkan kepadanya. Mereka
mengatakan Zinnirah buta karena dilaknat oleh tuhan
Latta dan Uzza. Mereka mengatakan itu karena Zinnirah
mempertahankan diri dengan mengatakan dirinya buta
bukan karena tuhan mereka, sebaliknya ini adalah
perbuatan Umar dan Allah menetapkan ini terjadi.
Walaupun diuji dengan segala bentuk, keyakinannya
kepada Allah tidak berubah. Allah memberi kurniaan
kepadanya. Matanya yang buta itu dapat melihat kembali
dengan kurniaan Allah S.W.T. Dia dapat menikmati semula
keindahan ciptaan Allah S.W.T. hatinya dengan penuh
kesyukuran kepada Allah dan imannya semakin tinggi.
Dengan taufiq hidayah Allah, Umar akhirnya memeluk
Islam jua.

Friday, 20 July 2012

Simpati....

Semalam kat sekolah, kt aq macam x sihat. Mula2 dia selsema, biasalh duk bawah kipas sejuk plak 2. Lepas tu, masa bahasa arab, dia macam dah x tahan. Suddenly, air mata dia mengalir. first time kot aq tgk air mata dia mengalir. Kesian aq tgk dia. Masa mt tadi, Cikgu Azira kan tgh bacakan soalan PBS, tetiba Lukman  bersin banyak kali. Dahlah duk depan cikgu. Cikgu jahat giler. Dia tutup hidung dengan hidung sebab tak nak berjangkit. Jahat seyh... Kesian kut tgk baru nak puasa sekali dah demam...
Aq bukan apa, sebagai kawan mestilah prihatin kan. dahlah sampai sini jelah, assalamualaikum...